Tuesday, February 22, 2011

Husein bin Ali r.a

Husein bin Ali bersyair :


Setiap kali harta di tangan si kaya bertambah
Kesibukan dan impiannya juga semakin melimpah
Wahai yang tertipu kesibukan, kami telah khabarkan dengan sempurna
Bahawa dunia dan segala kenikmatannya ini akan segera musnah
Jika fikiran pada keluarga masih boleh membuat terlena
Maka kezuhudan seseorang belum sempurna

Kalau dunia tidak lagi dipandang sebagai fatamorgana
Pasti balasan disisi Allah jauh lebih utama
Kalau kematian adalah sebuah kepastian
Mati syahid di jalan Allah mesti dijadikan impian
Kalau rezeki berdasarkan sukatan diberikan
Jangan terlalu memaksa dalam mengumpulkan
kalau harta dalam benak sudah terukir
Pasti orang yang mengumpulkannya akan menjadi kikir.

Friday, February 18, 2011

Tangisan Terakhir Nabi Muhammad

Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ke dalam. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia kembali dan menutup pintu.
Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, putriku?”
“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.
“Ketahuilah putriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah sang Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.
Fatimah menahan genangan air matanya.
Malaikat maut datang kepada-Nya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya.
Kemudian Rasulullah saw. menatap putrinya dengan pandangan sayu, seolah-olah ia tak ingin kehilangan setiap bahagian dari wajah putrinya.
Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah siap di langit untuk menyambut ruh Rasulullah  pemimpin Bumi.
“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh mu. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu mu” kata Jibril.
Namun, kenyataannya, jawapan itu tidak membuat Rasulullah saw. lega.
Matanya masih penuh kekhuatiran.
“Anda tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.
“Jangan khuatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Syurga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.
Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.
Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.
Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.
“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang kerana sakit yang amat.
Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.
Tubuh Rasulullah saw. dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah solat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”
Di luar ruangan, ada tangisan, ada pergaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah mengucapkan: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…

Melagukan Bacaan al Quran


Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran.”
 
(Muslim)
Huraian
Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar. Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu. Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.

Thursday, February 17, 2011

Aurat Muslimah Dengan Kafir

S : Aurat pmpuan Islam dgn pmpuan bkn Islam mstilah mnjg sm dgn mnjga dgn lelaki..mcm mn kalu kt dah knl ltr blkg pmpun bkn islm tu dn thu ltr blkg prmpn bkn islam tu..mknanya kt knl rpt dan dia pon thu kt org islam..kn jg aurt sm mcm dgn llki gak er?

J : Dalam mazhab kita Syafi'i, ada dua qaul yang boleh dirumuskan di sini. Pendapat yang أصح ialah haram seorang kafirah sama ada zimmi atau pun tidak melihat aurat seorang muslimah. Justeru, wajiblah seorang muslimah menutup auratnya (selain muka dan tapak tangan) sebagaimana apabila berhadapan dengan seorang lelaki ajnabi.

Ini kerana kalimah نسائهن dalam ayat (...ولا يبدين زينتهن)kerana merupakan takhsis kepada muslimah. Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan daripada Saidina Umar r.a. yang menegah orang kafirah daripada memasuki bilik air bersama muslimah.

Juga kerana ada kemungkinan kafirah ini akan menceritakan kepada suaminya atau kawan lelakinya yang kafir tentang aurat wanita muslimah.

Pendapat مقابل الأصح menyatakan, tidak haram seorang kafirah melihat aurat muslimah kerana jantina yang sama.

Ulama Syafi'i ada mentarjihkan pendapat ini dengan menyatakan yang أصح ialah harus seorang kafirah melihat aurat muslimah yang biasa menurut adat kebiasaan dilihat untuk keperluan semasa bekerja atau melakukan kerja rumahtangga dan ini dikatakan pendapat yang muktamad.

Untuk rujukan lanjut, sila lihat Nihayah al-Muhtaj dan Mughni al-Muhtaj. Wallahualam.

***
الأصح - pendapat pengikut Imam Syafi'i yang lebih kuat
مقابل الأصح - pendapat pengikut Imam Syafi'i yang kuat.

Aurat Kaki Wanita

S : Apakah aurat kaki wanita sebab saya tengok ada wanita yang berjubah tapi tak pakai stokin. ada ustzah bagitau saya kaki wanita tu aurat sebab tu kena tutup waktu sembahyang. Harap utz dpt jelaskan.

J : al-Fadhilah Ustazah Syh. Noorul Madihah Binti Syed Husin

Jumhur ulama' dari kalangan ulama' malikiyyah, syafiiyyah dan hanabilah mengatakan kaki wanita adalah termasuk dalam batasan aurat wanita ketika berhadapan dengan ajnabi.namun bagi pandangan mazhab hanafi, kaki wanita bukan termasuk aurat.

Maka dari pandangan jumhur (termasuk pandangan muktamad mazhab syafie), pemakaian stokin, atau sarung kaki (yang tidak nipis)adalah wajib bagi memenuhi keperluan penutupan aurat.

Dalil utama pandangan ini adalah :

1) surah nur : ayat 31 = ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها. pentafsiran "ما
ظهر منها" dalam ayat ini hanyalah termasuk muka dan tapak tangan...ini
bermakna semua badan wanita adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan
sahaja.

2)hadis dari Ibn Umar yang menceritakan ttg Rasulullah melarang kaum
muslimin melabuhkan pakaian kerana sombong dan bongkak.apabila ummu
salamah menanyakan Rasulullah bagaimana pula dengan wanita...adakah turut
dilarang...nabi menerangkan bagi wanita, mereka diharuskan melabuhkannya
(demi menjaga aurat wanita iaitu seluruh kakinya)

wallahu a'lam

Salam Maulidur rasul buat semua.....

Tuesday, February 15, 2011

Tokoh Terkenal : Ar Rabi' bin Hantim r.a.

Seseorg bercerita tentang ar Rabi'. "Aku bergaul dengan ar Rabi' selama sepuluh tahun. Selama tempoh tersebut aku hanya dua kali mendengar ar Rabi' bertanya tentang dunia. Iaitu, apakah anakmu masih hidup? dan berapa banyak masjid yang kau dirikan?
          Diceritakan dari Sufyan pada suatu hari ar Rabi' bin Hantim di panggil ibunya, "Anakku, mengapa engkau tidak tidur?"
          Wahai ibuku, orang yang amat menyenangi di malam hari dengan mendekatkan diri kepada Allah dia pasti takut melewatkan malam begitu saja dengan tidur. Itu sebabnya, lebih baik baginya untuk tetap berjaga, jawab ar Rabi'.
          "Anakku, engkau akan dibunuh secara kejam,"kata ibunya setelah dia mendengar ar Rabi' menangis dalam keadaan terjaga semalam suntuk.
          "Benar ibuku, aku akan dibunuh secara kejam."
          "Siapakah yang akan membunuhmu wahai anakku. Pergilah dan minta maaf padanya! Aku yakin setelah mereka mendengar tangisanmu, hati mereka akan luluh lalu memaafkanmu."
         "Ibuku, yang akan membunuhku adalah nafsuku,"ucap ar Rabi' mengejutkan ibunya.

Calon KKQ 2010 SMKBB




Tokoh Tarannum Negara

Tarannum atau nama yang lebih signifikan bagi rakyat islam Malaysia 'Lagu al Quran' semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam Malaysia khususnya. Tarannum di tanahair semakin popular dan berkembang apabila muncul rancangan-rancangan realiti seperti Akademi al Quran (AQ) dan juga rancangan Mari Bertarannum yang dikendalikan oleh ahli-ahli tarannum yang berkaliber. Bertitik tolak dari itu, pengarang merasakan masyarakat Islam perlu mengetahui bahawa di negara ini telah lahir ramai tokoh-tokoh tarannum yang hebat satu ketika dahulu yang boleh dijadikan sebagai model ataupun ikon. 
Di Malaysia, Allahyarham Tuan Haji Ismail bin Hashim merupakan seorang tokoh tarannum yang terkemuka. Beliau telah bergelar Johan Tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lapan kali dan sembilan kali di peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan anak melayu pertama yang membaca al Quran secara langsung di Stesen Televisyen Sudan pada tahun 1966 dan di Mesir pada tahun 1976. Di atas sumbangan yang diberikan, beliau telah di anugerahkan dengan beberapa darjat kebesaran seperti Johan Setia Mahkota (J.S.M), Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan beberapa darjat kebesaran yang lain.
Walau bagaimanapun, mutakhir ini jasa serta sumbangan Allahyarham semakin dilupai dan sebahagiannya langsung tidak mengenali beliau. Berikut kajian secara rawak yang dilakukan ke atas pelajar Kelas Aliran Agama di lima buah sekolah di sekitar Sandakan dan Lahad Datu :
SKALA

NAMA
SEKOLAH
1
2
3
SMKA Sandakan
( 30 orang pelajar )
3.33 %
( 1 orang )
40 %
( 12 orang )
56.67 %
( 17 orang )
SMK Elopura Bestari
( 26 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
11.54 %
( 3 orang )
88.46 %
( 23 orang )
SMK Beluran Bestari
( 29 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
13.8 %
( 4 orang )
86.2 %
( 25 orang )
SMK Telupid
( 24 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
0 %
( 0 orang )
100 %
( 24 orang )
SMK Agaseh
( 22 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
0 %
( 0 orang )
 100 %
( 22 orang )

0.76 %
( 1 orang )
14.5 %
( 19 orang )
84.73 %
( 111 orang )


Petunjuk Skala :
1 : Mengenali beliau (latar belakang serta pencapaian beliau)
2 : Tidak mengenali tetapi sekadar pernah mendengar nama beliau.
3 : Langsung tidak mengenali tokoh ini.

Dapatan kajian menunjukkan remaja kini kurang mengenali beliau. Oleh yang demikian, perlu kepada suatu usaha ke arah menghargai sumbangan yang amat bernilai yang telah dicurahkan oleh tokoh ini. Pengarang mengharapkan nama Tuan Haji Ismail bin Hashim akan terus disebut dan dikenang sepanjang hayat seterusnya mampu menjadi ikon kepada remaja Islam Malaysia khususnya.

Bilangan Ayat

بيلغن ايات
تردفت ببراف فندافة مغناءي بيلغن ايات ياءيت :
1.     مغيكوت اهلي مدينة (المدني) اول تاهون : 6217 ايات.
2.     مغيكوت اهلي مدينة (المدني) اخير تاهون : 6214  اتاو 6210 ايات.
3.     مغيكوت اهلي مكة (المكى ): 6220 ايات.
4.     مغيكوت اهلي شام (شامى) : 6226 ايات.                                    
5.     مغيكوت اهلي بصرة ( البصرى): 6235 ايات.

Setakat ini penulis belum berjumpa pendapat yang mengatakan jumlah ayat dalam al Quran 6666.. Wallahua'lam...

al Quran

 @   بهاس : اياله قراءة اتاو باخاءن، مقصودث اياله يغ دباخ، سباضايمان فرمان الله I :
¨bÎ) $uZøŠn=tã ¼çmyè÷Hsd ¼çmtR#uäöè%ur ÇÊÐÈ #sŒÎ*sù çm»tRù&ts% ôìÎ7¨?$$sù ¼çmtR#uäöè% ÇÊÑÈ     
                                                                                           (القيامة اية 17-18)         
 @  اصطلاح : اياله كلام الله برمعجزة يغ دتورونكن كفد نبي محمد e دالم بهاس عرب, اي دسمفايكن كفد كيت سخارا  متواتر دان ممباخاث اداله ساتو عبادة.