Friday, April 15, 2011

Uniform Seragam dan Aurat Muslimah


S : Assalamualaikum ust, saya ingin bertanya pendapat ust mengenai pemakaian pelajar perempuan yang beruniform seperti pandu puteri, puteri Islam dsbnya.Adakah pakaian sebegini menutup aurat?tudung dimasukkan kedalam baju dan bajunya longgar..minta ust tolong ulaskan dlm blog ust yer..

J : al-Fadhil Dr. Basri Ibrahim

Uniform pandu puteri dan puteri Islam sebagaimana yang dilihat di pakai di sekolah-sekolah seluruh Malaysia adalah menutup aurat, namun jika dilihat dari sudut kesempurnaan menutup aurat adalah masih kurang sempurna dari kaca mata islam, kerana berdasarakan ayat 30-31 daripada surah al-Nur penutupan aurat berlaku dengan sempurna apabila bahagian dada turut ditutup dengan kain tudung dan bukannya kain tudung dimasukkan ke dalam kot dan seumpamanya.Usaha perlu dipertingkatkan agar penutupan aurat yang sempurna dilakukan di kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Sekian wasallam.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment