Saturday, July 23, 2011

Musa a.s dan Malaikat Pencabut Nyawa

Daripada Abu Hurairah r.a., ketika itu beliau menyebutkan beberapa hadis, antaranya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada suatu ketika Izrail, malaikat maut diutus Allah kepada Nabi Musa a.s., dia berkata, 'Sahutlah panggilan Tuhanmu'.
Tamparan Musa a.s.
Malaikat maut tersebut lantas ditampar oleh Nabi Musa hingga buta kedua-dua matanya. Malaikat kembali kepada Allah dan berkata, 'Ya Allah, Engkau telah menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak ingin mati dan mencucuk mataku.'
Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya dan berfirman, 'Kembalilah dan katakana, 'Adakah kamu masih ingin hidup? Jika begitu, letakkan tanganmu di belakang lembu. Untuk setiap bulu yang tertutup oleh tanganmu, engkau masih berkesempatan hidup selama satu tahun.'
Musa bertanya, 'Setelah itu?' Dia menjawab, 'Kemudian kamu akan mati!' Musa berkata, 'Kalau begitu sekarang kematian itu sudah dekat'. Ia pun memohon kepada Allah supaya mematikannya dekat Baitul Maqdis dengan jarak satu lemparan batu."
dipetik dari Kitab Hayatus Sahabah.

No comments:

Post a Comment