Tuesday, February 22, 2011

Husein bin Ali r.a

Husein bin Ali bersyair :


Setiap kali harta di tangan si kaya bertambah
Kesibukan dan impiannya juga semakin melimpah
Wahai yang tertipu kesibukan, kami telah khabarkan dengan sempurna
Bahawa dunia dan segala kenikmatannya ini akan segera musnah
Jika fikiran pada keluarga masih boleh membuat terlena
Maka kezuhudan seseorang belum sempurna

Kalau dunia tidak lagi dipandang sebagai fatamorgana
Pasti balasan disisi Allah jauh lebih utama
Kalau kematian adalah sebuah kepastian
Mati syahid di jalan Allah mesti dijadikan impian
Kalau rezeki berdasarkan sukatan diberikan
Jangan terlalu memaksa dalam mengumpulkan
kalau harta dalam benak sudah terukir
Pasti orang yang mengumpulkannya akan menjadi kikir.

No comments:

Post a Comment