Tuesday, February 15, 2011

Tokoh Tarannum Negara

Tarannum atau nama yang lebih signifikan bagi rakyat islam Malaysia 'Lagu al Quran' semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam Malaysia khususnya. Tarannum di tanahair semakin popular dan berkembang apabila muncul rancangan-rancangan realiti seperti Akademi al Quran (AQ) dan juga rancangan Mari Bertarannum yang dikendalikan oleh ahli-ahli tarannum yang berkaliber. Bertitik tolak dari itu, pengarang merasakan masyarakat Islam perlu mengetahui bahawa di negara ini telah lahir ramai tokoh-tokoh tarannum yang hebat satu ketika dahulu yang boleh dijadikan sebagai model ataupun ikon. 
Di Malaysia, Allahyarham Tuan Haji Ismail bin Hashim merupakan seorang tokoh tarannum yang terkemuka. Beliau telah bergelar Johan Tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lapan kali dan sembilan kali di peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan anak melayu pertama yang membaca al Quran secara langsung di Stesen Televisyen Sudan pada tahun 1966 dan di Mesir pada tahun 1976. Di atas sumbangan yang diberikan, beliau telah di anugerahkan dengan beberapa darjat kebesaran seperti Johan Setia Mahkota (J.S.M), Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan beberapa darjat kebesaran yang lain.
Walau bagaimanapun, mutakhir ini jasa serta sumbangan Allahyarham semakin dilupai dan sebahagiannya langsung tidak mengenali beliau. Berikut kajian secara rawak yang dilakukan ke atas pelajar Kelas Aliran Agama di lima buah sekolah di sekitar Sandakan dan Lahad Datu :
SKALA

NAMA
SEKOLAH
1
2
3
SMKA Sandakan
( 30 orang pelajar )
3.33 %
( 1 orang )
40 %
( 12 orang )
56.67 %
( 17 orang )
SMK Elopura Bestari
( 26 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
11.54 %
( 3 orang )
88.46 %
( 23 orang )
SMK Beluran Bestari
( 29 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
13.8 %
( 4 orang )
86.2 %
( 25 orang )
SMK Telupid
( 24 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
0 %
( 0 orang )
100 %
( 24 orang )
SMK Agaseh
( 22 orang pelajar )
0 %
( 0 orang )
0 %
( 0 orang )
 100 %
( 22 orang )

0.76 %
( 1 orang )
14.5 %
( 19 orang )
84.73 %
( 111 orang )


Petunjuk Skala :
1 : Mengenali beliau (latar belakang serta pencapaian beliau)
2 : Tidak mengenali tetapi sekadar pernah mendengar nama beliau.
3 : Langsung tidak mengenali tokoh ini.

Dapatan kajian menunjukkan remaja kini kurang mengenali beliau. Oleh yang demikian, perlu kepada suatu usaha ke arah menghargai sumbangan yang amat bernilai yang telah dicurahkan oleh tokoh ini. Pengarang mengharapkan nama Tuan Haji Ismail bin Hashim akan terus disebut dan dikenang sepanjang hayat seterusnya mampu menjadi ikon kepada remaja Islam Malaysia khususnya.

No comments:

Post a Comment